10 Course (Kursus) Yang Senang Dapat Kerja

Advertisement

Course Yang Senang Dapat Kerja

Course (Kursus) Yang Senang Dapat Kerja , Perkara penting untuk anda titik beratkan sebelum mengambil keputusan melanjutkan pengajian adalah adakah jurusan yg dipilih itu mempunyai skop peluang pekerjaan yg besar.

Kerana sudah pasti kita tak mahu menganggur sebaik sahaja tamat pengajian kan? Jadi semak dulu senarai 10 ijazah yg paling senang mendapat pekerjaan di Malaysia.

Berikut senarai 10 ijazah yg mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia & menjaminkan pekerjaan selepas tamat universiti:

1. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)

Pengajian yg merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi & pakar anaestetik.

2. Sains Veterinar (85.3%)

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat & kontroversi lebih-lebih lagi isu yg melibatkan doktor Muslim & haiwan yg perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yg semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan & penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

3. Perubatan & Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)

Dgn kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama four tahun, bidang perubatan & pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah & doktor gigi.

4. Pendidikan (59.1%)

Ijazah ini sesuai untuk mereka yg berminat dalam bidang psikologi & sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa & estetika manusia.

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

5. Seni bina, pembinaan & perancangan (71.3%)

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains & kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan & perancangan sesebuah penempatan.

Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan & perancang bandar.

6. Kejuruteraan & teknologi (62.8%)

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dgn kursus #four. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk & pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, & pengurusan.

Prospek kerjaya:  Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal & kawalan kualiti.

7. Pengajian sosial (44.9%)

Satu bidang atau disiplin ilmu yg mengkaji struktur & sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tidak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yg luas seperi geografi, ekonomi, sains politik & sosiologi.

Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran & pensyarah.

8. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yg menyediakan penuntut dgn kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan & juga keusahawanan.

Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan & agen insurans.

9. Sains komputer (59.1%)

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan & pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dgn peredaran zaman yg semakin berteknologi tinggi.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia & animasi & jurtera rangkaian.

10. Sains matematik (47.1%)

Bidang ini berkaitan dgn matematik & statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik & kaedah kuantitatif yg bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan & perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan & eksekutif bank.

 

Advertisement
10 Course (Kursus) Yang Senang Dapat Kerja | sentot | 4.5