Jabatan Imigresen Malaysia Mulakan Operasi Besar-Besaran

Advertisement

Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen malaysia memulakan operasi besar-besaran & menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) , selepas tamat tempoh permohonan kad sementara atau “Enforcement Card” (E-Kad). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tangkapan itu tak terhad kepada PATI, sebaliknya turut membabitkan majikan yg degil mendaftarkan pekerja mereka.

PATI yg ditahan akan ditempatkan di depot tahanan sebelum diusir dari negara Malaysia & nama mereka akan disenarai hitamkan. “Gerak gempur besar-besaran akan imigresen lakukan sebab tindakan itu kita telah maklumkan lebih awal.

Ia dilakukan di seluruh negara, di mana ada PATI, di situlah kita akan tangkap. Apabila kita katakan PATI, ia termasuk majikan. Majikan boleh diambil tindakan sebab melindungi PATI.

“Majikan yg ditahan jangan salahkan imigresen khususnya & Kementerian Dlm Negeri (KDN) sebab peluang telah banyak diberi sejak 15 Februari lalu,” katanya pada sidang media di Jabatan Imigresen, hari ini.
Majikan yg melindungi PATI boleh didakwa di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 yg membawa denda minimal RM10,000 atau penjara.

Program E-kad yg dikeluarkan secara percuma itu bertujuan mendaftar & membolehkan PATI mendapat izin kerja selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan KDN. Mustafar sekali lagi menyuarakan kekecewaan terhadap sikap majikan sebab program E-kad gagal mencapai sasaran ditetapkan, iaitu 400,000 hingga 600,000 PATI.

Inilah budaya dlm negara kita, suka lakukan sesuatu perkara di ketika akhir. Hari ini ialah hari terakhir E-kad dilangsungkan & saya tegaskan ia tak akan disambung. “Dari 15 Februari tahun ini sehingga jam eight pagi tadi, seramai 155,680 PATI kita daftarkan utk E-kad. Majikan yg mendaftar seramai 26,957 & E-kad yg dikeluarkan sebanyak 140,746,” katanya.

Sehingga kini, bilangan pemohon E-kad terbesar ialah PATI dari Bangladesh, diikuti Indonesia, Myanmar & Nepal. freemalaysiatoday.com

Advertisement
Jabatan Imigresen Malaysia Mulakan Operasi Besar-Besaran | sentot | 4.5