Paduan Lengkap Cara Mandi Wajib Yang Betul

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Tidaklah sah solat seseorang ketika ia masih dalam keadaan hadast besar, oleh kerana itu admin posting cara mandi wajib yang betul dan terlengkap simak berikut panduan di bawah ini:

pertama sebelum mandi bacalah niat di dalam hati

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى

Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta’ala

artinya: Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta’ala

selepas niat bacalah basmalah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

selanjutnya bersihkanlah semua kotoran yg ada pada badan,mencuci tangan sebanyak 3kali,mencuci kem4luan dgn tangan kiri.

Baca Juga: Cara Dan Niat Mandi Wajib Selepas Bersetubuh

Selanjutnya berwudulah seperti wudu biasa selanjutnya bacalah doa

,أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

syhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan ‘abduhu wa Rasuuluh.
Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.

artinya:“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah &tak ada yg menyekutukanNya. saya bersaksi bahwa Nabi Muhammad ialah hamba-Nya & utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah saya orang yg bertaubat, jadikanlah saya orang yg menjaga kebersihan & jadikanlah saya dari hambamu yg soleh.”

Langkah selanjutnya adalah

  • Meratakan air ke seluruh anggota badan
  • Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak tiga kali.Bagi wanita perlu dilepaskn ikatan rambut supaya air dapat melalui setap helaian rambut.
  • Mendahulukn anggota tubuh yang kanan dahulu daripada yang kiri
  • Setiap basuhan sebanyak tiga kali

Soalan:

Adakah sah gunakan sabun mandi atau syampu saat mandi wajib?
Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu & di ikuti mandi wajib, ataupon mandi wajib dahulu setelah semuanya dah rata boleh lah gunakan sabun & syampu, takut berubahnya air mutlak disebabkan air sabun atau syampu.

Bagaimana niat utk mandi wajib setelah lakukan persetubuhan dalam waktu datang haid?adakah ‘sahaja saya mengangkat hadas besar kerana haid & manji junub kerana Allah Taala’?
Niat nya sama sahaja..”sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala’.

Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yg belum kering?
utk mandi wajib ketika ada anggota badan yg tak boleh terkena air disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dulu anggota tersebut supaya tak terkena air. Ketika mandi wajib , wajib kita ratakan air ke seluruh badan melainkan anggota badan yg tak boleh terkena air ( yg berbalut ).

selepas selesai mandi wajib hendaklah bertayamum utk sempurnakan mandi wajib tersebut.

Bolehkah kite niat: Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Ta’ala
Utk mandi hadas haid, nifas, wiladah, junub?
Ya boleh dgn kita niat mengangkat hadas besar adalah (mandi junub) maka terangkat kesemuanya hadast besar termasuklah mandi haid,nifas,wilada & lain-lain.

Adakah perbezaan mandi wajib di antara laki2 & perempuan?
Tiada beza mandi wajib laki-laki & perempuan, cuma bagi perempan kenalah cermat sikit ratakan air ke rambut & celah celahan, supaya air sampai.

Bolehkah kita mandi dgn tiada sehelai benang pun atau kena pakai kain?
Boleh akan tetapi makruh.

Setelah selesai mandi wajib boleh ka terus kluar dari bilik air atau ada doa sebelum
keluar dari bilik air?
Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar, tetepi di sunatkan berdoa selepas keluar bilik air.

Adakah sah mandi wajib apabila saya mengosok qubul atau dubur dengan tangan ketika mandi wajib untuk meratakan air ke tempat sulit itu? bagaimana cara nya?
Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur tetapi terbatalnya wuduk , Jika x nak terbatalnya wudu’, mandi menggunakan kain basah dan gosok dengan berlapik di kawasan yang sulit. jika wuduk terbatal juga, boleh ambil semula selepas mandi junub.

Paduan Lengkap Cara Mandi Wajib Yang Betul | sentot | 4.5