Sejarah Bangunan Kereta Api Tanah Melayu

Bangunan Stesen Kereta api Tanah Melayu merangkumi bangunan stesen, hotel & pejabat pentadbiran baru yg terletak bersebelahan jalan adalah dua bangunan terindah & mercu tanda Kuala Lumpur. Kedua-duanya dibina dalam zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat & perubahan teknologi pengangkutan keretapi di Tanah Melayu.

Bangunan Ibu Pejabat Keretapi ( Ibu Pejabat KTMB)
Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur
No. Lot : 13 & 32
Hakmilik Bangunan : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1910 – 1917

INFORMASI BANGUNAN
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Lokasi : Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : 36
Hakmilik Bangunan / Tanah : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan
Tahun Dibina : 1892

Bangunan ini merupakan stesen ketiga di Kuala Lumpur & kedua di tapak sama. Ini kerana stesen terawal (dirasmikan antara 15 atau 22 September 1886) yg dikenali sebagai ‘Kuala Lumpur’. Ia merupakan sebuah bangunan beratap sementara menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dgn landasan keretapi yg pertama untuk menghubungkan bandar ini dgn kawasan-kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu.Pembinaan bangunan & nama stesen di Kuala Lumpur

15 September 1886 – Kuala Lumpur (Terminal sementara untuk Selangor Railway)
1891 – Stesen Residen, Kuala Lumpur.
1892- Stesen Kuala Lumpur pertama.
1 June 1893 – Stesen Sultan Avenue
1 March 1895 – Stesen Pudoh (Pudu).
1910 Stesen utama Kuala Lumpur ke arah selatan.

Lokasi stesen keretapi (pertama) berada di tapak Station Yard, lot tepi di antara (Market St & Victory Avenue), yg kini dikenali Leboh Pasar & Jalan Sultan Hisamuddin. Apabila landasan ke utara dibina ia dicawangkan (branched) dgn laluan Kuala Lumpur – Bukit Kuda di selatan bangunan stesen yg pertama di mana Stesen Residen pula dibina antara landasan yg baru ini.

Bangunan Stesen Kuala Lumpur gambar pada tahun 1892 , dikenali sebagai Stesen Residen dgn landasan tunggal. Digelar sebagai Stesen Residen kerana berdekatan dgn kediaman Residen British, ia dibina di seberang Kelab Diraja Selangor ke arah barat.

Awalnya  bangunan stesen mengandungi tiga platform. Berkonsep ringkas & terbuka dgn ruang legar yg luas berbumbung selari dgn platform, ruang pejabat & lodge terletak di tingkat mezanin & tingkat satu. Kontrak pembinaan telah di tawarkan kepada Archie and Phillip Russell Firm dalam tahun 1910.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur yg baru ini memulakan perkhidmatannya mulai 1 Julai 1911, manakala sebahagian Station Lodge mula di gunakan pada 11 Ogos 1911. Pada 1 November 1911, pejabat tempahan tiket yg baru di buka di platform No. four. Kos pembinaan stesen, lodge & beberapa bangunan tambahan kemudian, dalam tahun 1915 memakan belanja sebanyak sebanyak $1,000,669.

Stesen Kuala Lumpur (tanpa Ibu Pejabat) sekitar 1890 dgn 3 platform.

Stesen Kuala Lumpur (tanpa Ibu Pejabat) sekitar 1914 dgn 4 platform.

“The Railway Gazette”, 11 November 1929. Gambar di dalam Stesen Kuala Lumpur dgn tajuk “Typical scene on No.4 platform, Kuala Lumpur Station, Federated Malay States Railway”.

Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur awal 1920an

Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur & stesen 1937

 
Bangunan Ibu Pejabat keretapi Kuala Lumpur awal 1960an (kiri)

Peta awal 1895 menunjukkan lokasi Stesen Kuala Lumpur yg kedua – Sultan Street Station.
Stesen Jalan Sultan (bahasa Inggeris Sultan Street Station) pula dibuka pada 1 Jun 1893 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dgn tapak Menara Maybank Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, & terletak pada laluan keretapi Pudu, sebatang landasan baru yg dicawang dari stesen 1910 itu, menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.

Pemandangan Stesen Sultan Avenue awal 1950an
Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yg baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu yg lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, & dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya digunakan semula oleh LRT Ampang.

Bangunan yg terletak di sudut tepi (Venning Road & Victory Avenue) kemudian Jalan Perdana & Jalan Sultan Hisamuddin di lot 13, 14 & 23 ini pada asalnya dibina sebagai Ibu Pejabat Baru Pentadbiran Keretapi F. M. S Railway Administration Headquarters di bawah perancangan C.E Spooner selaku pengarah PWD kemudian Pengurus Besar F. M. S Railway dari 1901 – 1909.

Penyediaan pelan mula dirangka dalam tahun 1913 & tender dikeluarkan pada 14hb. Mei 1914 dgn anggaran awal sebanyak $508,000 (Dolar Negeri Selat). Pembinaan ditawarkan kepada kontraktor Ang Seng bermula dalam tahun 1914, namun tergendala disebabkan Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akhirnya setelah siap dalam bulan November 1917, kos sebenar meningkat hingga mencapai $780,422 (Dolar Negeri Selat).

Setelah siap, senibina Bangunan Baru Pentadbiran Keretapi F.M.S.R kini dikenali sebagai Bangunan Ibu Pejabat Keretapi (KTMB) dianggap sebagai komplimen kepada Bangunan Stesen Keretapi yg terletak bertentangan jalan sekaligus menggambarkan kemuncak pembangunan sejarah Keretapi di Tanah Melayu.

Bangunan Ibupejabat KTMB termasuk di dalam SISTEM DAFTAR WARISAN kategori Tapak Warisan Kebudayaan negara

Dalam lipatan sejarah bangunan ini, ia mengalami dua kali kerosakan besar. Pertama bahagian sayap utara musnah terkena bom semasa Perang Dunia Kedua. Kemudian, pada 14 November 1968, bahagian yg sama di tingkat kedua musnah akibat kebakaran.

Sebagai salah satu di antara bangunan terindah rekaan A. B. Hubback , bangunan ini memperlihatkan perkembangan reka bentuk & nilai estetika melalui kepelbagaian ragam hiasnya seperti penggunaan berulang gerbang besar Gothe & kecil dgn disulam beranda di tingkat bawah, tingkat satu & dua, serta tingkap besar & kubah dgn tiang tegak terpintal entwined column yg terletak di empat penjuru bangunan.

Apakah kau tahu?? 

Gambar lakaran arkitek Stesen Keretapi Pudoh (Pudu) di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. Pada mulanya stesen ini adalah di bawah kelolaan Keretapi Kerajaan Selangor (Selangor Government Railway) sebelum FMSR. Kini stesen ini digantikan oleh Stesen LRT Pudu, di mana landasan keretapi KTMB ditanggalkan & digantikan oleh landasan LRT. Pada mulanya laluan LRT pada masa kini itu adalah di bawah Sistem Transit Aliran Ringan (STAR), kini RapidKL, & laluan ini dinamakan semula sebagai sebagai Laluan Ampang.

Landasan Keretapi Kawasan Tengah (Central Area) Mengikut Peta 1921

  1. Stesen Kuala Lumpur – Stesen Batu Junction – Stesen Batu Caves (Perkhidmatan Komuter)
  2. Stesen Kuala Lumpur – Stesen Batu Junction – Ampang (Telah di bongkah)
  3. Stesen Kuala Lumpur – Stesen Salak South Junction – Stesen Sultan Street (Telah di bongkah)
  4. Stesen Kuala Lumpur – Port Swettenham @ Stesen Pelabuhan Kelang (Perkhidmatan Komuter & Freight)
  5. Stesen Kuala Lumpur – Connaught Bridge Junction – Kuala Selangor (Telah di bongkah) 
  6. Stesen Kuala Lumpur – Stesen Kuang – Stesen Batang Berjuntai (Telah di bongkah)
  7. Stesen Kuala Lumpur – Bersambung dgn landasan utama ke Utara
  8. Stesen Kuala Lumpur – Bersambung dgn landasan utama ke Selatan

sumber: thetravelearn.com

Sejarah Bangunan Kereta Api Tanah Melayu | sentot | 4.5