Sejarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada tahun1997 (Akta 566) yang asal mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini ialah untuk menguruskan pembiayaan kewangan & pinjaman pelajaran pengajian tinggi untuk para siswa siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.

Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yg diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yg telah melakukan pinjaman mereka dgn perbadanan tersebut.

Selain itu PTPTN juga menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai “Skim Simpanan Pendidikan Nasional” (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan.

Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di negara Malaysia.

Mula Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. web resmi lembaga ini anda bisa layari pada web link : www.ptptn.gov.my

Sejarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) | sentot | 4.5