Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Advertisement

Diantara anda mungkin ada belum tau apa itu Sijil Pelajaran Malaysia?? SPM merupakan peperiksaan kebangsaan yg utama, yg ditadbir secara berpusat dgn elemen penilaian kerja kursus yg ditadbir oleh sekolah & diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.

Berikut Pertanyaan umum tentang SPM

Apa mata pelajaran yg diuji (SMIH) ?

SPM mengikut Sistem Pensijilan Terbuka menawarkan lebih banyak mata pelajaran. Selain daripada mata pelajaran teras & akademis, ia juga menawarkan mata-mata pelajaran mengikut bidang iaitu agama, vokasional, teknikal & teknologi.

Mata Pelajaran Wajib

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Mata Pelajaran Pilihan Yg Ditawarkan Di SMIH

Pelajar/calon diwajibkan mengambil bilangan minimal mata pelajaran teras sahaja, yakni enam mata pelajaran mengikut bidang.

Walau bagaimanapun, pelajar/calon bebas memilih utk mengambil mata pelajaran selain daripada mata pelajaran teras pada peperiksaan yg sama atau pada mana-mana peperiksaan yg lain.

Mereka juga boleh mengambil minimal enam mata pelajaran yg cuma terdiri daripada mata pelajaran teras atau semaksimum yg termanpu olehnya.

Apakah objektif SPM?

Objektifnya ialah utk persijilan mata pelajaran. Ia merekodkan pencapaian pelajar/calon dlm setiap mata pelajaran yg lulus sahaja berserta dgn syarat minimal lulus Bahasa Melayu.

SPM dugunakan utk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dlm Sijil Pelajaran Malaysia yg sesuai dgn kursus yg hendak diikuti.

SPM juga digunakan utk kelayakan mendapatkan biasiswa & utk tujuan-tujuan pekerjaan.

Bagaimana SPM dilaporkan?

Syarat minimal pemberian sijil dlm Sistem Pensijilan Terbuka ini ialah “lulus” dlm Bahasa Melayu.

Sijil dianugerah atas merit sesuatu mata pelajaran & bukannya syarat kelompok mata pelajaran. Sijil yg dianugerah tak mencatatkan pangkat pencapaian keseluruhan dlm peperiksaan tetapi ia mencatat peringkat pencapaian subjek yg lulus sahaja.

Pencapaian setiap mata pelajaran dilaporkan dlm sijil ialah sebagai berikut:

spm

Siapa yg menduduki SPM?

SPM terbuka untuk semua pelajar yg sudah menamatkan pendidikan menengah, atau yg sudah mengikuti 5 atau 6 tahun sekolah rendah & sudah menyempurnakan 5 tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya sudah habiskan masa dua tahun sekolah menengah selepas PMR.

Advertisement
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | sentot | 4.5